Monday, November 24, 2008

Arnab dan Kura-Kura

Aku tertarik pada satu email yang aku terima baru2 ni. Email pasal cerita arnab dan kura2. Ceritanya begini:
  • Arnab mangajak kura2 lumba lari. Kura2 setuju. Pada hari yg ditetapkan, mereka pun berlumba lari lah. Arnab bermula dgn laju, dan meninggalkan kura2 jauh dibelakang. Since, kura2 jauh di belakang, arnab merasa selesa. So, arnab pun berehat seketika hingga tertidur. Kura2 walaupun slow, tapi terus berusaha. Berlari dan berlari. Bila arnab tersedar, kura2 sudah hamper ke finish line. Arnab cuba mengejar tapi dah tak sempat. Akhirnya kura2 yang menang. Moralnya: Slow and steady will wins the race
  • Arnab insaf. Kali ni dia ajak kura2 bertanding lagi sekali. Pada hari yang ditetapkan, mereka pun berlumba. Kali ni, arnab berjanji takkan over confident. Dia takkan tertidur lagi. Dia pun berlari dengan laju meninggal kura2 yang masih slow and steady. Akhirnya, arnab menang. Kura2 kalah teruk. Moralnya: Fast and efficient is always better than the slow and steady.
  • Kura tak puas hati. Dia pikir2, akhirnya dapat satu akal. Kali ni dia ajak arnab berlumba lagi. Tapi kali ni route dia yang tentukan. Arnab setuju. Pada hari yang ditetapkan mereka pun berlumbalah. Arnab pun berlari dengan laju. Kura seperti biasa slow and steady. Arnab jauh meninggalkan kura2. Tapi tiba2, arnab sampai ke satu tebing sungai. Rupa2nya, route yg dipilih oleh kura2 tu, termasuk kena menyeberang sungai. Sampai kat tebing sungai tu, arnab tak tahu nak buat. Bila sampai kat tebing, kura2 dengan selamba berenang dan meninggalkan arnab. Akhirnya, kura2 yang menang. Moralnya: First you identify your core competency, and then change the playing field to suit it. You will win the race!
  • Kali ni sebab dah banyak kali berlumba2, arnab dan kura2 dah jadi geng. Mereka fikir, apa kata kali ni mereka cuba baiki catatan larian mereka berdua. Mereka setuju untuk berlari guna route yang kura2 cadang dulu. Pada hari yang ditetap, mereka pun bersedia untuk berlari, tapi kali ni, target mereka untuk bukan berlumba sesame sendiri, tapi untuk baiki catatan masa. First part untuk jalan darat, arnab dukung kura2 dan berlari dgn pantas. Second part, sampai kat sungai, kura2 plak dukung arnab dan berenang dgn pantas. Akhirnya, sampai ke garisan penamat, mereka tengok catatan masa mereka. Ternyata, kali lebih pantas dari masa individu. Moralnya: It is good to be individually brialliant and to have strong core competencies, but work in a team is much better.


Gitulah ceritanye aku terima dalam email tu.

Tapi aku pikir2, dalam hidup kita hari2 realitinya tak semudah itu. Aku pernah dengar satu lagi version citer pasal arnab dan kura2 ni. Ceritanya gini:

  • Arnab ajak kura2 berlumba. Kura2 ni tahu dia lembab dan pasti kalah kalau berlumba macam tu je. Pikir punya pikir, dia dapat idea. Dia ajak kawan2 dia, yang juga kura2 sepertinya. Dia atur kawan2 menyorok di balik pokok sepanjang laluan lumba. Tujuan dia utk mengaburi arnab bila berlumba nanti. Pada hari perlumbaan mereka pun berlumbalah. Arnab berlari dengan laju. Jauh dia tinggalkan kura. Tapi tiba2 dia nampak kura dah di depan. Dia lari lagi mengejar, berjaya potong kura2 tu, tapi tiba2 dia tengok kura2 muncul di depan. Kejar lagi, berjaya memotong, tapi macam tadi kura2 tiba2 muncul di depan. Begitulah seterusnya. Akhirnya, kura2 yang menang. Moralnya: Orang yang pandai tipu dan licik juga boleh menang!!!!

Tak semua bergantung kepada faktor2 positive. Kadang2, faktor2 negative juga mempengaruhi. Tengok keliling kita. Dalam office misalnya, org yg kurang berkemampuan, malas tapi sebab pandai bodek bos, pandai berlakon dan mengambil peluang, kadang2 lebih berjaya dari org berkemampuan dan rajin tapi tak pandai bodek dan berlakon depan bos. Tak gitu? Hehehehehe

Friday, November 21, 2008

Politik sikit...

Saje nak komen pasal 2 parti politik yg majoritinya Melayu... Aku bukan ahli pun. Tapi rasa berhak jugak untuk komen sebagai rakyat, sebab nanti rakyat yang akan buat pilihan.

UMNO: Pemilihan Agung Umno

Timbalan Presiden
Aku gembira kalau Tan Sri Muhammad yg menang.
Kenapa?
Adelah…….

Naib Presiden.
Aku suka kalau Tan Sri Isa Samad ada dalam senarai…..
Kenapa?
Adelah……

Ketua Pemuda.
Pilihan aku adalah Khairy Jamaluddin.
Kenapa?
Adelah……

Ketua Wanita
Aku suka kalau Tan Sri Rafidah Aziz terus jadi ketua. Aku lebih suka kalau TS Rafidah jadi ketua dgn mengalahkan DS Shahrizat.
Kenapa?
Adelah….

Ketua Puteri
Ntah… Tak kenal sape2…….


PS:
1. Rombakan Kabinet: Aku harap, Pak Lah masa buat rombakan cabinet dalam masa terdekat ni, akan lantik Khairy jadi menteri.

2. Lepas Pak Lah tak jadi PM, Kalaulah DS Najib jadi PM, aku harap Pak Lah jadi menteri kanan.

Aku penyokong Pak Lah ke? Tak lah……… huhuhuhuhu. Tapi aku rasa kalau gitu keputusannya dalam Umno, ini akan mendatangkan manfaat kepada rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti…..

Ade lagi.... (sambung sikit)

PAS

Presiden Pas, Timb. Presiden Pas dan beberapa pemimpin tertinggi Pas (e.g Dato Stopa Ali, Dato Harun Taib), aku rasa patut berundurlah.

Imej diorang amat bosan dan membosankan. Hitam/Putih je..... Aku rasa gagal menarik minat orang luar dari Pas.... Malah jadi "pushing factor" pada parti Pas.

Bukan soal orang lama tak lama.... Macam Dato' Nik Aziz ok je, very "colourfull".... Aku setuju kalau Dato' Nik Aziz terus stay dalam politik perdana....

Aku ahli parti Pas ke? Takdelah..... Saje komen sebagai rakyat.....

Lastly, Ape pendapat/pilihan korang plak ???

Tuesday, November 4, 2008

Ayat-Ayat Cinta


Cerita ni macamane? Sinopsis? Malas aku nak cerite. Pergi cari DVD, VCD dan lain2 ke, pastu tengok sendiri. Bagi aku citer ni sangat best. Aku tgh nak tengok kali kedua....


PS: Kepada member2 aku yg selalu duk tengok citer omputeh tu... Cubalah plak tengok cerite ni. Kurang2 masih citer rumpun kite. Nusantara. Boleh gak tumpang bangga... huhuhuhu

Thursday, October 30, 2008

Kebijaksanaan Saidina Ali

Ada satu cerita….

Kisah berlaku pada zaman Saidina Ali jadi khalifah (kalau tak silaplah… )

Ade seorang ayah mati, meninggalkan harta pusaka antaranya adalah 17 ekor unta untuk anak2nya. Tapi unta2 ni, si ayah wasiatkan supaya bahagi2kan ikut nisbah2 tertentu.
Anak sulung dapat 1/2 bahagian
Anak tengah dapat 1/3 bahagian
Anak bongsu dapat 1/9 bahagian

Ramai org berfikir adalah mustahil nak bahagi2kan unta2 itu ikut wasiat si ayah. Nak bahagikan utk anak sulung pun dah problem. Ye lah 1/2 dari 17 ekor, dapatlah 8.5 ekor… takkan nak sembelih pastu baru bahagi2kan …. Ade yang tak setuju plak….

Pikir punya pikir, masalah ni diajukan kepada Saidina Ali.
Nak tahu ape Saidina Ali buat? Sembelih kesemua 17 ekor unta tu untuk raya haji? Pastu bahagi2kan daging korban? Hehehehe, bukanlah…. Saidina Ali tak buat macam tu….

Dah tu ape Saidina Ali buat?

Mula2 Saidina Ali pinjam seekor unta lagi supaya genap jadi 18 ekor unta. Lepas tu dibahagi2kan lah.
Anak sulung dapat 1/2 dari 18 ekor, dapatlah 9 ekor
Anak tengah dapat 1/3 dari 18 ekor, dapatlah 6 ekor
Anak sulung dapat 1/9 dari 18 ekor, dapatlah 2 ekor

Total semua 9+6+2 = 17, akhirnya unta yang sekor yang dipinjamkan, dipulang balik pada tuan punya asal.

Gitulah citer kebijaksaan Saidina Ali dalam menyelesai masalah ummah, hatta melibatkan masalah ilmu hisab. Nabi pun mengiktiraf kebijaksaan Saidina Ali ni….

Tuesday, September 23, 2008

Tak Sempat Update

dah lama tak update. Tak sempat sebab kat rumah takde internet. Kalau nak guna internet, kena gi CC.

Anyway, tak sabar nak balik Terengganu. Flight aku dari Begawan-KL hari jumaat ni, 26 Sept 08. Balik Terengganu sehari lepas tu kot, ngan kete.

Tak tahu nak tulih ape......... ni saje, kira to taste the water je.

k lah...

Wednesday, April 30, 2008

Tak Seindah Wajah

Begitu puitis sekali lagu dulu-dulu. Begitu mendalam maksudnya. Bila ditenung-tenung bagaikan cerminan kehidupan kita sehari-hari.

Bawah ni dua rangkap dari lagu "Tak Seindah Wajah".......

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Nak semua rangkap? byk cantek!!! carilah sendiri...... hehehe

Monday, April 14, 2008

Bersabarlah duhai hati.

Hatiku rindu.... Terasa ingin mengulangi semula masa lalu.......

Tapi mana mungkin? Manakan aku mampu.....

Bersabarlah..... Bersabarlah...... duhai hati.........

Semoga hari mendatang ada keindahannya tersendiri.........

Tuesday, February 19, 2008

Al-Fatihah

My father passed away today and I'm still stuck in Libya

Ya Allah, tempatkan bak bersama2 ma ditempat yg mulia. Dikalangan mereka yg diredhaiMu....Bahagialah mereka di sana, ya Allah.......amin.

Saturday, February 2, 2008

Bile ko nak kawin ah?

"The appropriate age for marriage is around eighteen for girls and thirty-seven for men."





-Aristotle (384 BC – 322 BC)


Fuyooooooooh!!!!!!!!

Bukan barang2 org ckp camtu tu...... Aristotle tuh! (Sape dia nih? alah carilah sendiri kat wikipedia).

Pandai tul pakcik Aristotle ni nak amik hati aku. Dia cakap mende ni lebih dari 2392 tahun dulu tuh..... Padahal masa tu aku lambat gik lahir.......

Hmm...Ade lebih kurang 7 thn lagi nih.....Tapi 37thn rasa cam tua sgtlah.... Takkan aku nak kawin umur 37thn kot?


PS:
Ade org email aku tanye, pakcik Aristotle tu kawin umor berape? Nak tahulah jgk, mana tahu die membujang sampai tua ke.....Lepas menggoogle, berikut adelah penemuannya:
***Aristotle kawin ngan Pythias. Masa tu umur dia lebih kurang 37thn, bini lebih kurang mid 20's. Pastu bini dia mati pada umur mid 30's

So, kata2 dia ni mcm puji diri sendiri je.........Ceh!!!!!!!!!

http://www.school-for-champions.com/biographies/aristotle.htm

Tuesday, January 29, 2008

A man in history: Omar al-Mukhtar








Assyahid Omar al-Mukhtar(1860-1931)


Assyahid Omar al-Mukhtar was the leader of the resistance movement against the Italian military occupation of Libya for more than twenty years. He has been recognized as a great strategist, and sucessfully led his people in attacks against Italian troops


Omar Mukhtar was wounded and captured by Italian army on 11 Sept 1931.

He was shackled with heavy chains from his waist and wrists because of the army’s fear that he just might escape.

When asked if he wished to say any last words, he replied with the Quran clause: "From Allah we have come, and to Allah we will return."

On 16 september 1931, Omar Mukhtar was hung in front of his followers in the concentration camp in Solluqon

___________________________________________________

Lion of the Desert

"Cerita yang membawa kita kembara menghayati pahit getir pejuangan jihad Omar Mukhtar"


Pernah tengok filem ni tak? Aku tengok kali pertama semasa di SMSD. Arwah Ust. Him yang bawa kelas kami tengok cerita ni. Aku pernah jugak cari2 lagi VCD/DVD citer ni kat Malaysia, tapi tak jumpa dah. Nasib aku baik, aku jumpa DVD citer ni lagi kat Libya ni. 2-3 hari lepas, aku tengok lagi. Sedih sangat bila tengok perjuangan Omar Mukhtar melawan penjajah italy yg diketuai oleh Jen Graziani. Kalau jumpa, tengoklah sendiri citer ni. Walaupun dibuat pada tahun 1982, tapi citer ni memang akan terkesan dalam hati.


Omar Mukhtar akan terus "hidup" dalam jiwa umat Islam di Libya dan seluruh dunia.


***References (some cut&pasted dari sini):


http://en.wikipedia.org/wiki/Omar_Mukhtar


http://www.bookrags.com/biography/omar-al-mukhtar/

Sunday, January 27, 2008

A man in history














"A teacher by profession, A fighter by obligation".


Do you know who?





Saturday, January 19, 2008

Awesome Photos

I just amazed by wonderful and awesome photos in the net, belong to a photographer called "Shutterhack". I'm using a photo from his collection, called "Growing Up Together" as my blog's title background (hopefully he does'nt mind since this blog is not means for commercial). Anyway, this posting is specially dedicated to him for his genius artwork. Enjoy these beautiful photos below, you can see more in this website http://www.flickr.com/photos/shutterhack.

Roots


A Seasoned Life


Fishing Village


Growing Up Together


So Far Away


Spread your wings and fly away


Marang Jetty


Served for Life


No Place Like Home

Wednesday, January 16, 2008

3 Pantun "Deli"

Ke Daik membeli lada,
Batu Pahat Kuala Deli,
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.


Jika belayar ke tanah Aceh,
Singgah dulu di Kota Deli,
Jika hendak orang mengasih,
Hendaklah baik bicara budi.


Anak Cina bertimbang madat,
Dari Makasar langsung ke Deli,
Hidup di dunia kita beradat,
Bahasa tidak berjual beli.


***Note: Deli - A previous sultanate at North Sumatra

Gambar2 kat Helang, Nippon Oil

Aku pernah keje kat Nippon Oil Exploration, Malaysia (Noex), sebagai process engineer. Tapi kejap je, dalam 2 bulan lebih je. Lepas tu dapat offer lain dan terus decide nak blah. Actually working with Noex is not bad at all. Helang Platform is the most luxurious platform in Malaysia. Anyway, aku keje kat office je sebenarnya, cuma kadang-kadang pergi platform utk amik data, follow up project dll. Ni bawah gambar2 masa kat platform Helang.


kat platform Helang, Nippon Oil Exploration




kat pump area...



kat bot, kalau nak kena tinggalkan platform