Friday, November 21, 2008

Politik sikit...

Saje nak komen pasal 2 parti politik yg majoritinya Melayu... Aku bukan ahli pun. Tapi rasa berhak jugak untuk komen sebagai rakyat, sebab nanti rakyat yang akan buat pilihan.

UMNO: Pemilihan Agung Umno

Timbalan Presiden
Aku gembira kalau Tan Sri Muhammad yg menang.
Kenapa?
Adelah…….

Naib Presiden.
Aku suka kalau Tan Sri Isa Samad ada dalam senarai…..
Kenapa?
Adelah……

Ketua Pemuda.
Pilihan aku adalah Khairy Jamaluddin.
Kenapa?
Adelah……

Ketua Wanita
Aku suka kalau Tan Sri Rafidah Aziz terus jadi ketua. Aku lebih suka kalau TS Rafidah jadi ketua dgn mengalahkan DS Shahrizat.
Kenapa?
Adelah….

Ketua Puteri
Ntah… Tak kenal sape2…….


PS:
1. Rombakan Kabinet: Aku harap, Pak Lah masa buat rombakan cabinet dalam masa terdekat ni, akan lantik Khairy jadi menteri.

2. Lepas Pak Lah tak jadi PM, Kalaulah DS Najib jadi PM, aku harap Pak Lah jadi menteri kanan.

Aku penyokong Pak Lah ke? Tak lah……… huhuhuhuhu. Tapi aku rasa kalau gitu keputusannya dalam Umno, ini akan mendatangkan manfaat kepada rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti…..

Ade lagi.... (sambung sikit)

PAS

Presiden Pas, Timb. Presiden Pas dan beberapa pemimpin tertinggi Pas (e.g Dato Stopa Ali, Dato Harun Taib), aku rasa patut berundurlah.

Imej diorang amat bosan dan membosankan. Hitam/Putih je..... Aku rasa gagal menarik minat orang luar dari Pas.... Malah jadi "pushing factor" pada parti Pas.

Bukan soal orang lama tak lama.... Macam Dato' Nik Aziz ok je, very "colourfull".... Aku setuju kalau Dato' Nik Aziz terus stay dalam politik perdana....

Aku ahli parti Pas ke? Takdelah..... Saje komen sebagai rakyat.....

Lastly, Ape pendapat/pilihan korang plak ???

3 comments:

Pok Li said...

saya tak nak komen. kenapa? Adelah.....

Anonymous said...

i tot u hated KJ so much.
what happened?

Pas needs more young & outspoken leaders like PKR & should focus more on big things, not tiny miny issues.

sot said...

Aku tengok wanita dlm umno dah byk yg tutup aurat dgn bertudung walaupun masih belum sempurna atau ada yg nampak jambul,tapi kena positif ini satu petanda yg baik. Tapi ada segelintir mungkin 20% yg kiranya 'hardcore' mempertahankan ketidak penutupan aurat sebagai simbol yg mesti dipertahankan dlm UMNO. Ni yg aku meluat. Termasuklah rafidah (elok le dah kalah), azlina (meluat aku), & rosmah. Aku doakan semoga mereka ini mendapat hidayah untuk bertudung dengan niat menutup aurat kerana islam (bukan kerana lain). Dan yg masih bertudung nampak jambul atau tidak menutup dada, aku doakan juga supaya mendapat kesedaran yg hakiki dlm persoalan aurat ini.