1. RON 95 mahu diperkenalkan. Harganya RM1.75/seliter.
2. RON 97 akan naik harga dari RM1.80/seliter kpd RM2.00/seliter.
3. RON 97 akan dijadikan produk premium
4. Menteri cakap ''Kelebihannya RON95 adalah lebih baik daripada RON92 dengan harganya tidak jauh berbeza"
Persoalannya:
1. Nak perkenalkan RON 95, silakanlah.
2. Tapi ape pasal nak kena naik harga RON 97?
3. Ape pasal nak jadikan RON 97 produk premium? Ape cerita produk premium sekarang macam V-power, naik harga lagi? semuanya sebagai alasan nak naik harga?
4. RON 95 lebih baik RON 92. Memang orang tahu. Tapi RON 97 tetap lebih baik dari RON 95, walau ape pun alasan (eg: Japan & US guna RON 95)
5. Sape untung? Rakyat? Yang bayar kurang 5 sen, tapi dapat kualiti petrol yg lebih rendah? Malah kalau rakyat memilih untuk masih menggunakan RON 97, maka terpaksa membayar lebih? (Aku rasa tak lama lepas diperkenalkan RON 95 akan naik harga lagi... mungkin lebih RM1.80/seliter)
Aku rasa semuanya bermotif keuntungan, bukan untuk kepentingan rakyat pun... Kalau nak perkenalkan RON 95 pun patutnya pada harga yang jauh lebih rendah dari RON 97 sekarang. Bukannya perkenalkan pada harga yg hampir2 menyamai RON 97 sekarang, pastu naikkan pulak harga RON 97 kepada harga lebih tinggi. Kenapa? RON 95 lebih baik dari RON 92. RON 97 nak jadikan produk premium. (Dan sah2 produk premium sekarang akan naik harga lebih lagi...).
PEMBELIT BETUL !!!
1 comment:
haha. Ada kebenarannya juga. Tapi kualiti minyak bukan ikut pada bilangan number di belakang RON. Mcm RON 99 tak semestinya lebih baik dari RON 95. Bergantung kepada jenis engine kenderaan tersebut.
Post a Comment