Thursday, April 23, 2009

"Kau Belanja?"

  • Aku ajak kawan2 officemates lama lunch sama2. Diaorang kata takde hal.
  • Aku ajak kawan lama aku dinner. Dia kata ok.
  • Aku ajak pulak kawan yg lain pergi lunch. Dia kata boleh.
  • Aku ajak kawan2 tengok wayang. Diaorang on je.
  • Aku ajak lagi sorang kawan pergi tengok teater. Dia setuju je.

Tapi semuanya cakap, "Kau belanja ?"

Belanja kawan2 bukanlah satu masalah.

Insya Allah, boleh je aku belanja kawan2 setakat mampu. Insya Allah, aku bukanlah seorang yg bakhil.

Tapi... Janganlah "Kau belanja?" tu dijadikan satu "prasyarat" yg mesti dipenuhi... Kalau tak dipenuhi, tak boleh....... Sedangkan niat aku sekadar untuk menghabis sedikit masa bersama kawan2 agar persahabatan tetap terjalin walaupun jarang bertemu.

Mestikah semuanya "Kau Belanja?"

Note:

Kadang2 terasa hati juga, bila ajak kawan2 kuar, sikit2 "kau belanja?". Kalau aku tak belanja, macamana? Sudi kah kawan2 luangkan sedikit masa bersama aku? Tak tahulah...........

Terpikir juga, kalau aku ni miskin dan tak berduit... Menjadi kawan pun mungkin ada tak sudi, apatah lagi mengharapkan ada yg sudi menolong.......

Inikah nilai sebuah persahabatan kat dunia ni?

.... saje je jiwang....

Friday, April 3, 2009

Surat LHDN - Adly Ismail

Surat LHDN kepada Adly Bin Ismail

  1. Memang surat ni surat dihantar LHDN kat aku pada tahun 2004 (kalau tak silap). Masih dalam simpanan aku.
  2. Tiap-tiap tahun, terutama musim2 cukai, ada saje cerita pasal ni keluar.
  3. Kelakar? Bolehlah....
  4. Sedihnya, kebanyakan orang melihat dari sudut yang negatif. Banyak orang mengutuk akak kerani yang tolong hantar surat ni kat aku. Macam2 kata2 yang kurang sedap didengar. Aku kadang-kadang sedih jugak.
  5. Cuba lihat dari sudut yang positif. Masa aku call tu, pegawai bertanggungjawab bercuti. Masa tu tempoh utk isytihar pendapatan sudah hampir tamat, sedangkan borang B aku belum sampai (Zaman tu LHDN hantar borang B kpd pembayar cukai). Jadi akak ni lah yg jawab panggilan aku, dan menolong menghantar borang B tu pada aku.
  6. Sikap dia yang sanggup menolong, rajin dan baik hati walaupun bukan tanggungjawab dia, patut dipuji. Bukan senang nak cari org yang macam ni sekarang ni.
  7. Bukan aku sebenarnya yang scanned dan sebarkan surat ni melalui email. Kawan sepejabat aku yang buat. Mula2 sekadar sekitar kawan2 sepejabat. Tetiba tersebar seluruh Malaysia. (Sebaran melalui email sangat luas dan boleh menjadi diluar kawalan kita : Ni boleh dijadikan pengajaran supaya lebih berhati-hati)
  8. Di satu sudut positif, ramai keluarga, kawan2 dan kenalan lama menghubungi aku balik. Boleh katakan tiap2 tahun ade saje orang2 yg tak disangka call aku tanya pasal ni... At least, boleh eratkan tali persaudaraan balik.
  9. LHDN bertindak sangat positif pasal surat ini. Pegawai-pegawai besar LHDN pernah menghubungi dan meminta maaf pasal kesilapan ni. (Aku sebenarnya tak kisah sangat pun, bukanlah satu kesalahan kalau dilakukan tanpa sengaja)
  10. Ade jugak wartawan yg contact aku... At least ade jugaklah sorang dua kawan dikalangan wartawan, kalau2 perlukan pertolongan
  11. Satu lagi yang positif, surat tu jadi famous, ada yang tawar nak beli dengan tawaran yang agak lumayan. Nasib aku tak ter"jual" lagi... hehehehe... (Orang lain gadai emas, aku boleh kot gadai surat je...)

Note:

  • Sesuatu yang berlaku, ada hikmahnya...
  • Aku harap sangat supaya janganlah ada yang sewenang2 kutuk akak yg tolong hantar surat tu... Tak baik. Manusia melakukan kesilapan. Jangan asyik cari kesilapan dan kelemahan orang lain je... Cuba lihat kebaikan dia yg sanggup menolong. Patut dipuji.