Thursday, April 23, 2009

"Kau Belanja?"

  • Aku ajak kawan2 officemates lama lunch sama2. Diaorang kata takde hal.
  • Aku ajak kawan lama aku dinner. Dia kata ok.
  • Aku ajak pulak kawan yg lain pergi lunch. Dia kata boleh.
  • Aku ajak kawan2 tengok wayang. Diaorang on je.
  • Aku ajak lagi sorang kawan pergi tengok teater. Dia setuju je.

Tapi semuanya cakap, "Kau belanja ?"

Belanja kawan2 bukanlah satu masalah.

Insya Allah, boleh je aku belanja kawan2 setakat mampu. Insya Allah, aku bukanlah seorang yg bakhil.

Tapi... Janganlah "Kau belanja?" tu dijadikan satu "prasyarat" yg mesti dipenuhi... Kalau tak dipenuhi, tak boleh....... Sedangkan niat aku sekadar untuk menghabis sedikit masa bersama kawan2 agar persahabatan tetap terjalin walaupun jarang bertemu.

Mestikah semuanya "Kau Belanja?"

Note:

Kadang2 terasa hati juga, bila ajak kawan2 kuar, sikit2 "kau belanja?". Kalau aku tak belanja, macamana? Sudi kah kawan2 luangkan sedikit masa bersama aku? Tak tahulah...........

Terpikir juga, kalau aku ni miskin dan tak berduit... Menjadi kawan pun mungkin ada tak sudi, apatah lagi mengharapkan ada yg sudi menolong.......

Inikah nilai sebuah persahabatan kat dunia ni?

.... saje je jiwang....

6 comments:

stROZze said...

kalu mung khija kuli batak, agaknya mung ni takdok kawan la... kesian.. kena cari maknya cepat2 tu... maknya pun kena belanja jugok.. :)

kin hashim said...

Bersangka baik... tu semua kebetulan je :).

IZWAN SHAHMIN said...

Maybe it's unfortunate for you that most of your friend's income relatively very low compared to yours.

To make you happy, jom tengok Mahsuri. My treat, because you are my friend.

:D

Captain Zach said...

maybe not as bad, but me own the same thought sometime..i guess its normal..like what kin said, bersangka baik..tapi kalo jenis yg xpaham bahasa tuh, ko tampar jer sampai masuk bawah rim keter..OPS! tiba2 hilang pertimbangan..maaf ya..what was i saying? owh ya, bersangka baik jelah geng..

relax la lai, inda jua luak duit mu..bilakan kita ke key el nie lai? batah jua menunggu neh..hoho

eh izwan, i wanna be ur fren!!

p/s: apa jd pada projek taman negara?

Deli said...

aku rasalah, kawan2 yg aku ajak tu taklah sengkek sangat... At least utk belanja diri sendiri...

Tak belanja, taknak pergi... tu yg terasa tu... mcmlah tak pernah merasa aku belanja...

Izwan, boleh ajak Cap Zed tgk Mahsuri... Aku malas dah... Bukan minat sgt aku tgk teater ni...

Cap Zed, Projek Tmn Negara gagal... Buat le projek Tmn negara belah2 sabah/sarawak le plak... Gunung Kinabalu ke?

Captain Zach said...

Tak belanja, taknak pergi... <- if this is my blog, i would say nasty stuff in a fun way..but since its urs, i guess u do the judging buddy

Izwan, boleh ajak Cap Zed tgk Mahsuri... <- its ok la geng, i was pulling his leg..i fall asleep as soon as they start singing..

amcam, sudah jumpa calon org borneo ka bro? ko join jer tour group, byk kat sana..