Monday, August 31, 2009

Tak boleh tidur...

Isnin, 31/08/09 @ 1.57am.
Tak boleh tidur ler...

Mungkin sebab siang tadi dah membuta. Siang tadi aku tidur, tidur dan tidur je. Sekarang tak boleh tidur, tak mengantuk... Camne ni? Pagi nanti nak kena pergi keje....

Macam-macam lah aku pikir. Tengok album lama tadi. Rindu sangat kat ma, bak dan mak... Sejak mereka dah takde, aku sebenarnya fobia sikit nak tengok album2 lama... Takut teringat-ingat macam ni lah... Jiwa terasa kosong... Terasa sebahagian hati aku mati... Bersama2 mereka yang tersayang...

Semoga roh mereka dicucuri rahmat... Semoga mereka bahagia di sana... Jauhilah mereka dari azad kubur dan azad neraka. Bukakanlah pintu2 syurga kpd mereka. Semoga dihari kebangkitan nanti, aku, ma, bak, mak, seluruh ahli keluargaku dan kenalan2ku dapat bertemu dalam keadaan mulia, diberkati, bahagia dan memperolehi kemenangan. Golongkan kami bersama mereka yg Berjaya. Semoga kami mendapat syafaat dari nabi junjungan, Rasul Allah SAW.... Amin.

31/08/09. Ulang tahun kemerdekaan Malaysia yg ke-52. Hmm.... Apa erti merdeka? Tidak dijajah lagi.... Bebas dari kongkongan.... Betul ke? Atau masih dijajah dalam bentuk baru? Atau dijajah oleh orang-orang kita sendiri? Yang kaya menjajah yang miskin. Yang berkuasa menjajah yang lemah? Dijajah oleh diri sendiri?

Tapi aku bangga jadi anak Malaysia... Bangga dengan apa yg kita capai sekarang... Bangga sungguh.... Pikir2 Malaysia mmg sebuah negara yg diberkati dan dirahmati.
Contohnya... Petronas.... cam keje aku sekarang kat Brunei Shell.... Banyak lagi bos2kat sini omputeh.... Tapi masa aku keje kat Petronas dulu, bos2 semua orang kita.... orang Malaysia.... bangga.... Aku sebenar pikir2 nanti aku nak masuk petronas balik lah.... Sampai masa nanti utk berbakti pada negara....

Lepas subuh nanti, masuk lah hari ke-9 kita berpuasa... Berpuasa dan berbuka sorang je... Rindu kenangan2 dulu.... puasa kat rumah, puasa kat sekolah, puasa kat kypm, puasa kat PPP,ITM, puasa kat UTP..... Dengan keluarga.... dengan kawan2 semua.... Kat brunei ni, orang2 brunei kalau puasa suka habiskan masa ngan keluarga.... berbuka pun kat rumah.... Aku? Sorang2 ler.... Tapi tadi adalah kawan aku ajak berbuka dia.... Tapi, dah lewat.... Aku berbuka kat rumah je lah.....

Takpelah masa berlalu.... semua berlalu bersama.... ada yang jadi sejarah dan kenangan.... yang penting hadapi hari ini... dan hari2 yg mendatang.... Diri sendiri, kena jadi lebih baik dari semalam.... Tingkatkan amal.... Amal aku meningkat ke? Rasa macam sama je.... Ya Allah beri aku kekuatan diri, zahir dan batin utk tingkatkan amal ibadah ku kepada mu..... Ya Allah, berilah aku nikmat beribadah di malam lailatulqada tahun ni....

04/09/09 dah dekat.... dah dekat birthday aku.... tahun ni, umur aku 32 tahun.... dah tua ler.... tapi nape ek aku rasa cam masih muda? Hahahaha...... tak kawin lagi? Tu masalah gak tu.... Aku pun sebenarnya risau dah.... tengok album gambar member2 yg baik semua dah kawin.... Tapi ade lagi sebenarnya member2 baik aku tak kawin lagi.... hehehehe.... Aney bile nak kawin? Pica bile nak kawin? Nape korang tak kawin2.... hmmm sorang lagi.... Jai pun tak kawin lagi lah? Sape lagi ek? Ade lagi rupanya budak kypm dulu tak kawin2 lagi..... Peliknya, budak2 ni dulu berchenta bagai nak rak.... huhuhuhu

Oleh itu..... Azam aku sempena birthday aku nanti.... cari awek.... cari tunang.... cari bini... 3 org tuh! Hahahaha..... sorang dah ler.... Ya Allah, temukan aku dengan jodohku. Dekatkan kami.... Mesrakan kami.... Dekatkan dia dihatiku, dekatkan aku dihatinya. Satukan kami dalam ikatan yang diredhaimu. Bahagiakan kami nanti didunia dan akhirat.... Amin.... Siapakah sidia?

Dah pukul 2.55am.... tak ngantuk lagi.... k lah.... pergi sahurlah.... pastu cuba tidur gak lah sekejap.... huhuhuhu...............

Akhirnya.... sepanjang malam aku tak tidur... sekarang dah kat opis...

Saturday, June 13, 2009

Laskar Pelangi


Best ah citer Laskar Pelangi. Aku tak reti nak buat review ke ape.... Tapi bile tengok citer ni, aku rasa citer2 Malaysia cam Talentime tak best sgt lah... So, tengoklah citer ni.....














Monday, May 18, 2009

VIRUS

Dulu-dulu, cikgu aku pernah kata, mungkin pada depan AIDS tidak dianggap penyakit yg berbahaya.... Mungkin masa tu AIDS mcm Selsema je.....

Masa tu, AIDS kira2 penyakit yang baru dikesan. Masa tu, kira takde ubat lah utk penyakit AIDS ni. Sape kena, mati ah....

Sekarang? AIDS masih lagi penyakit maut... Masih takde betul2 ubat lagi....

Tapi sekarang, Selsema pun jadi penyakit maut gak...... Macam2 jenis selsema; selsema babi, selsema burung dll. Malah lagi cepat mati dari orang sakit AIDS........

Virus berevolusi lebih cepat dari yg manusia pikirkan.... Belum sempat jumpa ubat.... Virus jadi lebih canggih.... bila jumpa ubat, virus jadi imune, jadi lebih lebih lagi canggih.....

Hmm... kerdilnya manusia..................


Note:
Masa sekolah menengah, aku ade terbaca.... ada satu virus yg biasa ade kat kulit telur, dijumpai dalam kuning telur.... Bukti virus berevolusi..... Masa tu tahun 1990an, skrg dah 2009........ Ape jadi dah virus tu sekarang?

Wednesday, May 13, 2009

RON 92, RON 95, RON 97

1. RON 95 mahu diperkenalkan. Harganya RM1.75/seliter.

2. RON 97 akan naik harga dari RM1.80/seliter kpd RM2.00/seliter.

3. RON 97 akan dijadikan produk premium

4. Menteri cakap ''Kelebihannya RON95 adalah lebih baik daripada RON92 dengan harganya tidak jauh berbeza"



Persoalannya:

1. Nak perkenalkan RON 95, silakanlah.

2. Tapi ape pasal nak kena naik harga RON 97?

3. Ape pasal nak jadikan RON 97 produk premium? Ape cerita produk premium sekarang macam V-power, naik harga lagi? semuanya sebagai alasan nak naik harga?

4. RON 95 lebih baik RON 92. Memang orang tahu. Tapi RON 97 tetap lebih baik dari RON 95, walau ape pun alasan (eg: Japan & US guna RON 95)

5. Sape untung? Rakyat? Yang bayar kurang 5 sen, tapi dapat kualiti petrol yg lebih rendah? Malah kalau rakyat memilih untuk masih menggunakan RON 97, maka terpaksa membayar lebih? (Aku rasa tak lama lepas diperkenalkan RON 95 akan naik harga lagi... mungkin lebih RM1.80/seliter)


Aku rasa semuanya bermotif keuntungan, bukan untuk kepentingan rakyat pun... Kalau nak perkenalkan RON 95 pun patutnya pada harga yang jauh lebih rendah dari RON 97 sekarang. Bukannya perkenalkan pada harga yg hampir2 menyamai RON 97 sekarang, pastu naikkan pulak harga RON 97 kepada harga lebih tinggi. Kenapa? RON 95 lebih baik dari RON 92. RON 97 nak jadikan produk premium. (Dan sah2 produk premium sekarang akan naik harga lebih lagi...).

PEMBELIT BETUL !!!

Monday, May 4, 2009

TOMOK


Aku jadi peminat Tomok skrg....


tak tipu ni.... betul2.... best ah Tomok nyanyi dlm OIAM....


Note: Aku dah jadi kawan Tomok dlm Facebook.... hehehehe


Thursday, April 23, 2009

"Kau Belanja?"

  • Aku ajak kawan2 officemates lama lunch sama2. Diaorang kata takde hal.
  • Aku ajak kawan lama aku dinner. Dia kata ok.
  • Aku ajak pulak kawan yg lain pergi lunch. Dia kata boleh.
  • Aku ajak kawan2 tengok wayang. Diaorang on je.
  • Aku ajak lagi sorang kawan pergi tengok teater. Dia setuju je.

Tapi semuanya cakap, "Kau belanja ?"

Belanja kawan2 bukanlah satu masalah.

Insya Allah, boleh je aku belanja kawan2 setakat mampu. Insya Allah, aku bukanlah seorang yg bakhil.

Tapi... Janganlah "Kau belanja?" tu dijadikan satu "prasyarat" yg mesti dipenuhi... Kalau tak dipenuhi, tak boleh....... Sedangkan niat aku sekadar untuk menghabis sedikit masa bersama kawan2 agar persahabatan tetap terjalin walaupun jarang bertemu.

Mestikah semuanya "Kau Belanja?"

Note:

Kadang2 terasa hati juga, bila ajak kawan2 kuar, sikit2 "kau belanja?". Kalau aku tak belanja, macamana? Sudi kah kawan2 luangkan sedikit masa bersama aku? Tak tahulah...........

Terpikir juga, kalau aku ni miskin dan tak berduit... Menjadi kawan pun mungkin ada tak sudi, apatah lagi mengharapkan ada yg sudi menolong.......

Inikah nilai sebuah persahabatan kat dunia ni?

.... saje je jiwang....

Friday, April 3, 2009

Surat LHDN - Adly Ismail

Surat LHDN kepada Adly Bin Ismail

  1. Memang surat ni surat dihantar LHDN kat aku pada tahun 2004 (kalau tak silap). Masih dalam simpanan aku.
  2. Tiap-tiap tahun, terutama musim2 cukai, ada saje cerita pasal ni keluar.
  3. Kelakar? Bolehlah....
  4. Sedihnya, kebanyakan orang melihat dari sudut yang negatif. Banyak orang mengutuk akak kerani yang tolong hantar surat ni kat aku. Macam2 kata2 yang kurang sedap didengar. Aku kadang-kadang sedih jugak.
  5. Cuba lihat dari sudut yang positif. Masa aku call tu, pegawai bertanggungjawab bercuti. Masa tu tempoh utk isytihar pendapatan sudah hampir tamat, sedangkan borang B aku belum sampai (Zaman tu LHDN hantar borang B kpd pembayar cukai). Jadi akak ni lah yg jawab panggilan aku, dan menolong menghantar borang B tu pada aku.
  6. Sikap dia yang sanggup menolong, rajin dan baik hati walaupun bukan tanggungjawab dia, patut dipuji. Bukan senang nak cari org yang macam ni sekarang ni.
  7. Bukan aku sebenarnya yang scanned dan sebarkan surat ni melalui email. Kawan sepejabat aku yang buat. Mula2 sekadar sekitar kawan2 sepejabat. Tetiba tersebar seluruh Malaysia. (Sebaran melalui email sangat luas dan boleh menjadi diluar kawalan kita : Ni boleh dijadikan pengajaran supaya lebih berhati-hati)
  8. Di satu sudut positif, ramai keluarga, kawan2 dan kenalan lama menghubungi aku balik. Boleh katakan tiap2 tahun ade saje orang2 yg tak disangka call aku tanya pasal ni... At least, boleh eratkan tali persaudaraan balik.
  9. LHDN bertindak sangat positif pasal surat ini. Pegawai-pegawai besar LHDN pernah menghubungi dan meminta maaf pasal kesilapan ni. (Aku sebenarnya tak kisah sangat pun, bukanlah satu kesalahan kalau dilakukan tanpa sengaja)
  10. Ade jugak wartawan yg contact aku... At least ade jugaklah sorang dua kawan dikalangan wartawan, kalau2 perlukan pertolongan
  11. Satu lagi yang positif, surat tu jadi famous, ada yang tawar nak beli dengan tawaran yang agak lumayan. Nasib aku tak ter"jual" lagi... hehehehe... (Orang lain gadai emas, aku boleh kot gadai surat je...)

Note:

  • Sesuatu yang berlaku, ada hikmahnya...
  • Aku harap sangat supaya janganlah ada yang sewenang2 kutuk akak yg tolong hantar surat tu... Tak baik. Manusia melakukan kesilapan. Jangan asyik cari kesilapan dan kelemahan orang lain je... Cuba lihat kebaikan dia yg sanggup menolong. Patut dipuji.

Monday, March 23, 2009

Jom ke Taman Negara (1-3 May 09)



Sila lihat dibawah....


Dari http://www.fadlyhisham.blogspot.com/

Pengemuman Penting....

L & G,You are cordially invited for an awesome adventure at Taman Negara Park, Malaysia. Estimated at 130 million years old, it is the oldest rain forest in the world- older than Amazon.

The best part is, it is just about 3hrs drive from KL. You wouldn't want to miss it! (Macam Azalina la pulak)

Date: 1-3 May 2009
Activity: Until you pass out

As such, please confirm your participation ASAP for further arrangement.Please visit www.tamannegara.org for details.Thank you very much.




JOM le ramai2 kita meriahkan percutian kita........... fadly cakap tarikh tutup utk confirmkan adalah rabu ni kot...... (lusa ler.... tak lama dah....). CEPAT2...........

Wednesday, February 11, 2009

Cerite Kena Buli.... huhuhu

Cerite ni berlaku masa aku form1…..

Aku budak baru, 2nd intake kat Sek. Men. Sains Dungun (siap bagi nama sekolah ni). Mula2 diorang letak aku kat kelas 1 Al-Ahzan. Lepas makin ramai budak2 2nd intake masuk, 2-3 minggu lepas tu aku diletakkan kat kelas 1 Einstein (aku ingat lepas tu ade 3rd intake, masuk kelas Al-Farabi). Ramai dari budak2 2nd intake ni dari pahang (nape ntah), asrama diorg kat Blok C & D. Cuma aku kot dari kelas tu diletakkan kat blok A, mungkin sebab aku masuk awal sikt dari bdk2 2nd intake yg lain.

Masa aku f1 ni, ade sorang brader f4. Brader f4 ni memiliki semua ciri2 idaman pelajar2 pompuan kat sekolah. Dia ni hensem, best student, prefect dan ahli sukan. Dia juga adalah kekaguman bagi pelajar2 lelaki kat sekolah sebab selain memiliki ciri2 yg menjadi idaman pelajar wanita, dia adalah seorang pelompat pagar yg cekap, hisap rokok dan agak gangstar. Badan dia plak tegap sehingga digelar “gajah” oleh kawan dan lawan. So, kira2nya dia ni Mr. Perfect lah….. Brader ni budak pahang, senior kat Blok D. So, aku macam budak2 lain, kagumlah kat dia ni. Konon2nya bila aku dah senior (ting 4, 5) nak jadi macam brader ni lah.

Pada suatu hari yang indah, aku seperti biasa kat kelas aku lah. Bising2, main2 sebab cikgu takde masa tu. Biasalah budak f1, masih kanak2 riang. Sambil2 tu main gelar2 nama. Aku tetiba panggil seorang classmate aku gajah, mmg bdk tu digelar gajah jugak pun (nama classmate aku ni Helmi kot, bdk ni kuar masa kitaorg f3). Sekali brader f4 ni melintas kelas aku utk ke toilet (kelas aku tepi toilet). Aku tak tahulah dia dengar ke tak. Tapi aku cool je, buat2 tak tahu… Brader tu pun maintain cool je masa tu… So, aku consider aku terselamatlah…. 2-3 hari berlalu, takde ape2…. So selamat lah kot. Lagipun aku bukan niat mengata dia pun…. Aku kata kat classmate aku…

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya gerimis di tengah hari (tapi ni tak berape kena sb scene berikutnya adelah dinihari). Di suatu dinihari di hujung minggu, dalam pukul 12am gitu. Classmate aku kejut aku dan suruh aku pergi blok D. Kata dia ada org nak jumpa, emergency. Aku terpinga2 pun ikut ajelah. Rupa2nya aku dipanggil oleh brader f4 tu. Tapi aku tak syak ape2, lagipun aku dah lupa insiden pasal “gajah” tu. Mula2 dia tanya, “nak minum ke?”. Hati aku berkata2 “Baik betul budi pekerti brader ni”…. Lepas tu dia amik segelas air teh…. Baik tul la dia…huhuhuhu……. Dia tanya lagi “nak minum?” Aku cakap taknak, maklumlah aku ni pemalu…huhuhuhu….Nak tahu ape dia buat lepas tu? Dia amik air teh tu, dia curah kat kepala aku. Ceh!!!!! Panik aku!!! Tapi since aku baru f1, kecik gik masa tu, aku buat dek je…. Pastu kena lempang, pastu kena macam2 lagilah (malas nak citer, ala2 tentera gitu). Masa tu aku blur dan panic, takut plak tu, tak sempat nak pikir ngan rasional ape patut aku buat. Brader tu terus2 menuduh aku berani gelar “gajah” kat dia, tapi aku rasa masa tu aku dah nafikan. Tapi aku tak sempat cerita keadaan sebenar sebab tak berpeluang…. Lama jugak kena ragging ni….. 2-3 jam jgk…. Balik dorm memang aku dah lembik, terus tido je….. Sakit hati betul masa tu………

Tu lah satu pengalaman kena ragging kat sekolah…… Korang? Pernah tak? Huhuhuhuhu….
  • Aku dengar2 classmate aku yg api2kan brader f4 tu, kononnye aku menghina dia dgn gelaran “gajah”. So, dia buli aku kononnya nak tunjuk powerlah tu…
  • Aku memang nak report kat parent aku sebenarnya. Kalau parent aku tahu, mesti kes jadi lagi besar. Tapi pikir2 malaslah sebab parent aku happy je aku kat sekolah tu. Sakit hati memang sakit hati, tapi memaafkan lebih mulia.
  • 1-2 minggu lepas tu, cerita ni sampai jugak kat pengetahuan Penolong Kanan HEM. (org yg sama menghasut kot, pergi bukak cerita ni kat HEM). Aku cerita terus terang je kat HEM
  • Cikgu2 displin panggil brader f4 tu… dgr2 dia kena buli kat cikgu2 plak. Kena buat ape yg disuruh aku buat (aku citer satur persatu “deraan” yg aku kena, so cikgu tu pun mendera dgn deraan yg sama). Pastu brader tu kena buang jadi prefect.
  • Brader f4 tu pernah rasa2 datang jumpa aku mintak maaf. Mintak aku jgn panjangkan lagi kes ni. Sebab kononnya, aku nak mereport lagi kat parent aku supaya sampai jadi kes polis.
  • Sampai skrg aku takde chance nak nyatakan ape yg sebenarnya berlaku pasal insiden “gajah” tu kat brader f4 tu….I mean, terang betul2…. Terang masa panic tak sama.
  • Siapa classmate aku yg “meracun” brader tu dan merepot kat HEM aku tak tahu. Aku rasa org yg sama. Tapi aku sebenarnya malas nak amik tahu pun…
  • Aku masih ingat insiden kena buli tu. Tapi takdelah simpan dalam hati. Tapi insiden tu aku jadikan sempadan supaya tak buli org wpun berpeluang masa kat sekolah dulu. Sampai sekarang pun. Sebab mana tahu nasib kita akan datang, mungkin org kita buli tetiba jadi bos kita plak. Naya tu! So, seingat aku tak pernah buli kot kat junior2 aku kat sekolah. Mintak tolong amik air kat dewan makan adalah… tu pun kalau boleh aku buat sendiri…. Aku rasa aku buat pilihan tepat, dasar berbaik2 ni… Sekarang ni kadang2 aku masih terserempak ngan junior2 aku, so aku tak segan2 boleh borak2 dan buat kawan.
  • Brader tu masih jadi best student. Masa spm dapat pelajar terbaik. Dapat scholar petronas, study kat UK. Chemical Engineering jugak.
  • Last sekali aku terserempak ngan brader tu, masa keje Petronas Carigali. Dia pun keje kat Carigali masa tu… aku just terlalu kat workstation dia masa aku ade assignment kat headquaters KLCC. Tapi tak bertegur sapelah. Tengok sambil senyum2 je. Ntah dia ingat tak lagi aku, aku tak tahu…..
  • Sepanjang 5 tahun kat Sekolah Menengah Sains Dungun sebenarnya banyak kenangan2 indah. Kawan2 pun ok. Cikgu2 pun ok. So overall best lah jugak.
  • Brader ni adalah salah seorg dalam hidup aku, aku harap akan jadi seorang kawan, good buddy ke, tapi masih tak jadi kenyataan. Aku sebenarnya harap dapat betul2 jumpa dan berkerjasama ngan brader tu. Lagipun kami pernah satu industry, satu bidang, malah pernah satu company dulu… Aku yakin he is good guy lah….